Saturday, 6 April 2013
RINTIHAN HATI SEORANG CALON
Assalamualaikum kepada Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, saya ingin meluahkan sedikit perasaan saya mengenai keputusan STPM yang diumumkan baru-baru ini..keputusan yang saya perolehi tidaklah sebagus yang diharapkan...saya ingin menyatakan bahawa saya berasa sangat terkilan dan sangat sedih atas keputusan itu..sehingga saya tidak tahu jalan mana yang harus diambil untuk menyelesaikan masalah saya ini..sehingga ke hari ini saya masih berfikir adakah saya patut mengambil STPM buat kali kedua kerana sistem lama telah ditukar kepada sistem baru..saya merupakan calon STPM yang terakhir untuk sistem lama..jadi saya merasa tidak adil bagi kami yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam STPM 2012 untuk mengulang STPM dengan sistem baru..sudah tentu kami tidak pernah belajar dengan sistem yang bagi saya jauh juga bezanya iaitu dengan kami tidak biasa dengan PBS dan lain-lain soalan yang tidak pernah kami buat sewaktu STPM dahulu..ramai calon-calon lama yang saya temui di institut swasta meminta penjelasan mengenai sistem baru akan beredar dari situ apabila mengetahui tentang sistem ini,mereka seperti tidak sanggup untuk mengulang STPM dengan sistem baru.. jadi saya merasa tidak adil bagi kami kerana pihak tuan tidak pernah mengetahui tentang kami yang berada di bawah,seperti sedia maklum saya pasti pihak tuan sudah mengkaji tentang calon-calon yang mengulang selama ini adalah ramai jumlahnya..sepatutnya calon STPM yang menggunakan sistem lama harus diberi peluang untuk mengulang STPM dengan sistem lama untuk kali yang terakhir bagi kali kedua untuk tahun ini bagi memberi peluang kepada kami yang kurang bernasib baik pada tahun ini. untuk mendapat kejayaan yang diimpikan..diharap agar pihak tuan menitikberatkan tentang hal ini kerana ianya melibatkan masa depan rakyat yang sepatutnya terlahir sebagai modal insan negara...saya ucapkan jutaan terima kasih di atas jasa pihak kerajaan yang mengambil berat tentang hal rakyat selama ini..harap rintihan hati saya turut diambil kira..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.. Saya faham perasaan anda .. Tahun lepas saya mengambil stpm sebagai calon aliran sains dan keputusan yang saya dapat hnyalah A- untuk PA dan C- untuk Bio.. Kimia dan Maths T saya failed..Hanya tuhan sahaja yang tahu apa rasanya bila dapat result teruk macamtu.. Pernah rasa putus asa dan fikir lebih baik mati saja dari hidup terseksa macam ni.. Mujur Mak masih ada,dialah yang kuat bagi semangat untuk saya..Jadi sekarang ini saya cuba bangun dan melawan sifat putus asa yang masih terbuku dalam hati ini..Insya-Allah jika Allah itu Maha Penyayang ,saya akan mengulang stpm tahun ini tetapi sebagai calon aliran sastera dan jika benar Allah itu mendengar rintihan saya dia pasti akan memudahkan kehidupan saya kelak.. Nasihat saya rezeki tu Dia dah tetapkan untuk semua,Nawaitu kena betul dan kuatkan semangat sebab nanti kalau dapat masuk IPTA lagi banyak tekanan sebab assignment la,risau dah graduate nanti tak ada kerja la,mcm2.. Kejayaan itu milik orang yang berusaha...
ReplyDeleteadakah itu keputusan muktamad awak?
Delete